Tamat sudah era Tudor di Turin

Tudor
Tudor
A
A
A

IMPIAN Igor Tudor untuk menghidupkan semula kegemilangan gergasi Serie A Itali, Juventus berakhir lebih awal daripada dijangka apabila pengendali kelahiran Croatia itu dipecat selepas The Old Lady tunduk 0-1 kepada Lazio di Stadio Olimpico pada Isnin.

Tudor, 43, hanya sempat memegang tampuk kejurulatihan sejak Mac lalu bagi menggantikan Thiago Motta namun gagal mengubah nasib kelab gergasi Turin itu yang kini terperangkap dalam kemarau kemenangan lapan perlawanan berturut-turut.

Rentetan keputusan hambar itu menyaksikan Juventus terperosok di tangga kelapan Serie A selain menelan tiga kekalahan berturut-turut dalam semua kejohanan satu tamparan hebat buat penyokong setia Old Lady yang semakin kehilangan sabar.

“Kelab merakamkan penghargaan kepada Igor Tudor serta barisan kejurulatihannya atas profesionalisme dan dedikasi mereka sepanjang berkhidmat, serta mengucapkan selamat maju jaya untuk masa depan,” kata Juventus dalam satu kenyataan rasmi.

Sebagai langkah sementara, pengendali skuad simpanan, Massimiliano Brambilla akan memimpin pasukan utama melayan kunjungan Udinese pada aksi Serie A di Stadium Allianz, Rabu ini.

Walaupun hanya ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Napoli, Juventus kini berdepan tekanan hebat selepas gagal mencatat kemenangan dalam lima aksi liga terakhir.

Sementara itu, kempen Eropah mereka juga suram dengan hanya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan Kumpulan Liga Juara-Juara.

Kunjungan ke Stadium Santiago Bernabeu pada 23 Oktober lalu, Juventus tumbang 0-1 kepada Real Madrid, menyaksikan mereka berdepan tugas berat untuk kembali meraih keputusan positif apabila berdepan kelab liga Portugal, Sporting Lisbon di laman sendiri pada 4 November.

INFO

Artikel Berkaitan:

Seria A

Juventus 4-3 Inter Milan

Liga Juara-Juara

Juventus 4-4 Borussia Dortmund

Seria A

Verona 1-1 Juventus

Seria A

Atalanta 1-1 Juventus

Liga Juara-Juara

Villarreal 2-2 Juventus

Seria A

AC Milan 0-0 Juventus

Seria A

Como 2-0 Juventus

Liga Juara-Juara

Real Madrid 1-0 Juventus

Seria A

Lazio 1-0 Juventus

Ringkasan AI

  • IMPIAN Igor Tudor menghidupkan semula kegemilangan Juventus berakhir dengan pemecatannya selepas kalah 0-1 kepada Lazio
  • Tudor menggantikan Thiago Motta sejak Mac namun gagal mengakhir kemarau kemenangan Juventus selama lapan perlawanan
  • Juventus kini terperosok di tangga kelapan Serie A dan mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam semua kejohanan
  • Massimiliano Brambilla akan menjadi pengendali sementara menggantikan Tudor, memimpin Juventus dalam perlawanan seterusnya
  • Juventus menghadapi tekanan selepas gagal mencatat kemenangan dalam lima aksi liga terakhir dan performa suram di Liga Juara-Juara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!