Dua maut dalam serangan Israel di selatan Lubnan

BEIRUT - Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah bandar di selatan Lubnan pada Khamis, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik sumber tempatan.
Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan serangan udara itu menyasarkan bandar Arabsalim di wilayah al-Tuffah, selatan Lubnan, menyebabkan seorang pemuda dan seorang wanita terbunuh serta dua yang lain cedera.
Beberapa siri serangan udara Israel turut menyasarkan beberapa kawasan di daerah Baalbek di Lembah Bekaa timur Lubnan pada hari yang sama, mengakibatkan dua lagi mangsa terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Lubnan berkuat kuasa pada 27 November lalu menetapkan pengunduran pasukan Israel dari kampung dan bandar di sempadan selatan dalam tempoh 60 hari.
Kerajaan Lubnan kemudiannya bersetuju melanjutkan tempoh itu hingga 18 Februari, namun tentera Israel masih kekal di lima lokasi dan terus mencabuli gencatan senjata. - Bernama-QNA
Ringkasan AI
- Dua orang terbunuh dan dua lagi cedera dalam serangan udara Israel di bandar Arabsalim, Lubnan
- Serangan juga menyasarkan daerah Baalbek, mengakibatkan dua kematian dan beberapa kecederaan
- Gencatan senjata di Lubnan yang berkuat kuasa 27 November menetapkan pengunduran pasukan Israel dalam 60 hari
- Kerajaan Lubnan bersetuju melanjutkan gencatan senjata hingga 18 Februari
- Tentera Israel masih kekal di lima lokasi dan mencabuli gencatan senjata
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
