Masjid tahfiz pertama di Pulau Buih

PASIR MAS - Masjid Tahfiz Al-Ayubi, Kota Siti Mariam di Pulau Buih, Kangkong di sini bakal menjadi mercu pembangunan Islam baharu di kawasan tersebut.
Pengerusinya, Zulta Ayub Daud berkata, pembinaan kemudahan tersebut telah dirancang sejak 6 Jun 2006 dengan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM13.7 juta.
"Kerja-kerja pembinaan telah bermula sejak 3 Mac 2023 dan sehingga hari ini masih memerlukan dana untuk menyiapkannya.

"Apabila siap nanti ia akan menjadi masjid tahfiz yang pertama dibina di Pulau Buih," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurut beliau, kompleks masjid tahfiz berkeluasan 3,883.7 meter itu akan memuatkan 600 orang jemaah pada satu-satu masa.
Ujarnya, pihak pengurusan masjid tahfiz baru menerima dana infaq sebanyak RM2.3 juta untuk pembinaan tersebut.
Zulta Ayub memberitahu, pembinaan tersebut melibatkan masjid, kuarters, parkir, tanda, padang dan dataran.

"Ia juga merangkumi dewan makan dan terbuka, pendawaian elektrik, sistem pembesar suara serta tempat wuduk," katanya.
Orang ramai yang ingin menyalurkan sumhangan boleh ke akaun Bank Islam 03120010014936 (Masjid Tahfiz Al-Ayubi) atau menghubungi Zulta Ayub Daud di talian 012-951 9426.
Ringkasan AI
- Masjid Tahfiz Al-Ayubi, Kota Siti Mariam di Pulau Buih, Kangkong akan menjadi mercu pembangunan Islam baru di kawasan itu
- Pembinaannya dirancang sejak 6 Jun 2006 dengan anggaran kos sebanyak RM13.7 juta
- Pembinaan telah bermula pada 3 Mac 2023 dan masih memerlukan dana untuk penyiapan
- Kompleks masjid tahfiz ini dapat memuatkan 600 orang jemaah
- Pembinaan melibatkan masjid, kuarters, parkir, dan fasiliti lain serta menerima dana infaq sebanyak RM2.3 juta
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

