Pearly–Thinaah terus berbisa di bumi Perancis

Pearly–Thinaah mara suku akhir Terbuka Perancis Super 750 pada Jumaat. Foto Agensi
Pearly–Thinaah mara suku akhir Terbuka Perancis Super 750 pada Jumaat. Foto Agensi
A
A
A

NAIB juara dunia beregu wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah terus mengukuhkan reputasi mereka di persada antarabangsa apabila mara ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750 selepas menundukkan lawan dalam pertarungan sengit di Glaz Arena, Cesson-Sevigne pada Jumaat.

Turun dengan semangat juara selepas menjuarai Terbuka Artik Super 500, pasangan pilihan kedua kejohanan itu menampilkan permainan bertenaga dan berdisiplin tinggi sepanjang aksi pusingan kedua berdepan gandingan muda China, Bao Li Jing–Zhang Shu Xian.

Dalam pertembungan yang mengambil masa 46 minit, Pearly–Thinaah mempamerkan ketenangan luar biasa untuk mengesahkan kemenangan 22–20, 21–15, sekali gus mengekalkan momentum cemerlang mereka di siri kejohanan Eropah musim ini.

Kemenangan itu juga menandakan kejayaan pertama pasangan negara berkenaan menentang duo China tersebut, sekali gus membuka rekod pertemuan 1–0 memihak kepada wakil Malaysia.

Aksi konsisten yang dipamerkan memberi gambaran jelas tentang peningkatan kematangan mereka dari segi corak permainan, terutama dalam situasi genting set pertama yang menyaksikan mereka bangkit daripada tekanan untuk mengesahkan kemenangan tipis 22–20.

Pearly–Thinaah kini dijadual berdepan pilihan kelima dari China, Chen Qingchen–Jia Yifan, yang terdahulu menyingkirkan pasangan Jepun, Rui Hirokami–Sayaka Hobara, 21–19, 21–16 bagi melengkapkan senarai lapan beregu terbaik kejohanan.

Edisi 2025 menunjukkan peningkatan buat Pearly-Thinaah selepas pulang awal pada edisi 2024 setelah dijinakkan beregu China, Zhang Shuxian-Zheng Yu, 21-18, 16-21, 12-21.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Naib juara dunia beregu wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah mara ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750
  • Pasangan berkenaan menunjukkan permainan bertenaga dan berdisiplin tinggi sepanjang pertandingan
  • Pearly–Thinaah memenangi perlawanan dalam masa 46 minit dengan skor 22–20, 21–15
  • Kemenangan itu merupakan yang pertama bagi pasangan Malaysia menentang duo China, Bao Li Jing–Zhang Shu Xian
  • Pasangan ini akan berdepan dengan Chen Qingchen–Jia Yifan dari China di peringkat seterusnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!