Sidang Kemuncak ASEAN: AKPS beku cuti pegawai, anggota

Mohd Shuhaily (dua dari kiri) dalam sidang akhbar di KLIA Terminal 1 pada Khamis.
Mohd Shuhaily (dua dari kiri) dalam sidang akhbar di KLIA Terminal 1 pada Khamis.
A
A
A

SEPANG – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) membekukan cuti anggota dan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan kelancaran urusan kemasukan delegasi ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua pegawai dan anggota kini digerakkan sepenuhnya secara 24 jam di KLIA bagi memastikan urusan imigresen dan kastam berjalan lancar tanpa mengganggu kelancaran perjalanan penumpang lain.

"Saya telah memberi arahan pembekuan cuti pegawai di KLIA sehingga Sidang Kemuncak ASEAN selesai. Semua keanggotaan dalam keadaan siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Peranan kami jelas, iaitu memudahkan urusan kemasukan delegasi. Aspek keselamatan pula di bawah tanggungjawab polis dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB),” katanya ketika ditemui di KLIA Terminal 1 pada Khamis.

Beliau berkata, sekretariat utama ialah Kementerian Luar Negeri.

Tambahnya, jadi untuk AKPS yang menjaga pintu masuk akan mengambil pemakluman daripada Kementerian Luar Negeri akan ketibaan-ketibaan ketua kerajaan atau pun pegawai negara terbabit.

Kata Mohd Shuhaily, beliau juga dimaklumkan dengan kehadiran dua ketua delegasi dari Sweden dan Korea Selatan pada Khamis.

"Esok (Jumaat) ada dalam tiga ketua kerajaan akan tiba.... yang ramai akan tiba ialah pada hari Sabtu.

"Secara faktanya kemasukan delegasi akan berlaku di dua pintu masuk udara iaitu KLIA dan satu lagi Subang (Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah). Namun Subang bukan di bawah bidang kuasa AKPS," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 akan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!