Kegagalan paip pembetungan punca insiden lubang benam Jalan Masjid India - Dr Zaliha
23 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kegagalan struktur paip pembetungan yang mereput akibat tindak balas kimia dan ketidakstabilan tanah dikenal pasti sebagai punca utama kejadian lubang benam di Jalan Masjid India pada Ogos tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata hasil siasatan pasukan khas diketuai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati insiden itu tidak berpunca daripada kewujudan lapisan batu kapur di bawah tanah seperti yang dibimbangi orang ramai.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #sidangdewanrakyat #lubangbenamJalanMasjidIndia #kegagalanpaippembentung
