Kecoh babi hutan 'datang' kenduri kahwin

TAMPIN – Kemeriahan sebuah majlis perkahwinan di daerah ini bertukar kecoh apabila didatangi 'tetamu' tidak diundang iaitu seekor babi hutan yang secara tiba-tiba muncul dan meluru melintasi tetamu yang datang.
Video insiden itu yang berdurasi 1 minit 12 saat, dikongsi seorang pengguna TikTok @Eynaminal dengan keterangan 'tengah tunggu pengantin berarak, tiba-tiba babi lalu'.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang sedang mendukung bayinya hampir disondol haiwan berkenaan, namun sempat mengelak.
Situasi tersebut menimbulkan panik dalam kalangan tetamu, namun tidak dapat dipastikan haiwan itu berlari ke arah mana dan difahamkan tiada kecederaan yang berlaku.
Pemilik video terbabit turut memaklumkan yang dia berada di majlis perkahwinan berkenaan kerana sedang bertugas mengacarakan majlis.
Menjengah ke ruang komen, ramai yang berseloroh dengan situasi tersebut dengan mengatakan haiwan liar itu adalah bekas kekasih salah seorang pengantin.
Ringkasan AI
- Kemeriahan majlis perkahwinan di Tampin bertukar kecoh apabila seekor babi hutan muncul secara tiba-tiba
- Video insiden babi hutan meluru melintasi tetamu dikongsi di TikTok
- Seorang lelaki yang sedang mendukung bayinya hampir disondol babi hutan itu tapi sempat mengelak
- Tetamu majlis perkahwinan panik tetapi tiada kecederaan dilaporkan
- Pemilik video adalah pengacara majlis perkahwinan tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

