Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Ops Deepavali: 968 saman, 170 kenderaan disita

20 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Sebanyak 968 saman dikeluarkan manakala 170 kenderaan melibatkan 165 motosikal dan lima kereta disita dalam Ops Deepavali yang dijalankan serentak di seluruh negeri Johor pada lewat malam Ahad hingga awal pagi Isnin, lapor wartawan Sinar Harian,Shahrizal Ahmad Zaini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, operasi dan pemantauan bersepadu bersama pelbagai agensi itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terjamin sepanjang musim perayaan.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #OpsDeepavali #PDRM #kenderaandisita #JohorBahru