Kes kanser payudara meningkat di Pahang - Exco

Kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan awal dan saringan berkala sangat penting untuk menyelamatkan nyawa.
Kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeriksaan awal dan saringan berkala sangat penting untuk menyelamatkan nyawa.
A
A
A

KUANTAN - Jumlah kes kanser payudara menunjukkan peningkatan setiap tahun di Pahang dengan pesakit muda direkodkan berusia 20-an, kata Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Sabariah Saidan. 

Beliau berkata, kesedaran masyarakat khususnya kaum wanita tentang kepentingan pemeriksaan awal dan saringan berkala sangat penting untuk menyelamatkan nyawa. 

"Saya menyeru kaum wanita di negeri ini untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (Breast Self Examination) setiap bulan dan mendapatkan pemeriksaan klinikal di fasiliti kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 Peringkat Pahang di sini pada Ahad. 

Selain itu, beliau berkata kaum hawa juga boleh menjalani ujian saringan mamogram yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang. 

Mengulas mengenai program berkenaan beliau berkata, ia antara lain bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat selain memberikan sokongan kepada pesakit kanser.  

Katanya golongan lelaki juga perlu peka terhadap penyakit itu kerana mereka tidak terkecuali daripada risiko yang sama.

Dalam pada itu, Sabariah turut menyeru keluarga, komuniti dan masyarakat memberikan dorongan moral serta mewujudkan persekitaran yang positif untuk pesakit kanser. - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Kes kanser payudara meningkat setiap tahun di Pahang dengan pesakit termuda berusia 20-an
  • Kesedaran tentang pemeriksaan awal dan saringan berkala penting untuk menyelamatkan nyawa
  • Wanita diseru melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan mendapat pemeriksaan klinikal
  • Ujian saringan mamogram disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan LPPKN Pahang
  • Golongan lelaki juga perlu peka terhadap risiko kanser payudara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!