Sila log masuk terlebih dahulu.

Rogol pelajar: Dua calon SPM didakwa, seorang mengaku salah

16 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rogol pelajar: Dua calon SPM didakwa, seorang mengaku salah

Dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol pelajar Tingkatan Tiga dan merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak di Alor Gajah pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Kedua-dua mereka berusia 17 tahun dan merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee atas tiga pertuduhan merogol secara berkumpulan, melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii serta amang seksual fizikal.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/752765/berita/semasa/rogol-bergilir-gilir-pelajar-tingkatan-3-dua-calon-spm-didakwa-seorang-mengaku-salah

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #rogol #Melaka