Hilang sejak 8 Oktober, Mimi Nursyafiqah sudah ditemui

Mimi Nursyafiqah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh, Kota Bharu pada Rabu.
Mimi Nursyafiqah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh, Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Remaja perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu ditemukan dalam keadaan selamat pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, remaja berkenaan, Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam, 17, berada dalam keadaan baik.

"Kira-kira jam 10.12 malam, IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kota Bharu menerima makluman daripada ahli keluarga bahawa remaja terbabit telah ditemui semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sinar Harian pada 9 Oktober lalu melaporkan polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh di sini.

Menurut Mohd Rosdi remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 48 kilogram, berbadan kurus serta berkulit putih.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Remaja perempuan yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 8 Oktober lalu ditemukan selamat pada Isnin
  • Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud mengesahkan remaja tersebut, Mimi Nursyafiqah Mohd Shafirun Azam, 17, dalam keadaan baik
  • IPD Kota Bharu menerima makluman dari ahli keluarga yang remaja tersebut telah ditemui semula
  • Polis sebelumnya meminta kerjasama orang ramai mengesan remaja tersebut yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Laka, Ketereh
  • Remaja tersebut mempunyai ketinggian kira-kira 160 sentimeter, berat 48 kilogram, berbadan kurus serta berkulit putih

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!