Pemandu lori sampah warga asing 'lesap' selepas rempuh plaza tol

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah lori sampah merempuh Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bandar Bukit Puchong.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah lori sampah merempuh Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bandar Bukit Puchong.
A
A
A

SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga Indonesia bertindak melarikan diri selepas lori sampah dipandunya merempuh Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bukit Puchong pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu seberat 10 tan yang dipandu dari arah Putrajaya menuju ke Bukit Puchong.

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan hilang kawalan sebaik menghampiri plaza tol terbabit sebelum terbabas dan merempuh tembok di lokasi kejadian.

"Kemalangan mengakibatkan kelindan lori, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 42 tahun cedera di bahagian kepala dan muka," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, pemandu lori terbabit melarikan diri sejurus selepas kejadian.

"Usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya, Insp Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan tular di media sosial rakaman video memaparkan sebuah lori sampah merempuh Plaza Tol Puchong Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Bandar Bukit Puchong.

Artikel Berkaitan:

Video berdurasi 22 saat yang dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan lain itu memaparkan lori berkenaan melanggar penghadang di salah satu lorong plaza tol tersebut.

Bagaimanapun, tiada kehilangan nyawa dilaporkan melibatkan kejadian.

 

 

Ringkasan AI

  • Lelaki warga Indonesia melarikan diri selepas lori sampahnya merempuh Plaza Tol Puchong Selatan
  • Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang dari Putrajaya ke Bukit Puchong
  • Lori hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tembok plaza tol
  • Kelindan lori dari Bangladesh cedera di kepala dan muka
  • Pemandu melarikan diri dan polis sedang mengesan individu terbabit

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!