Pengecualian duti eksais, cukai jualan untuk pemandu teksi
10 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kerajaan turut mengumumkan berita gembira buat pemandu teksi dalam Belanjawan 2026 dengan meneruskan pengecualian 100 peratus duti eksais dan pengecualian 100 peratus cukai jualan ke atas pembelian kereta nasional baharu Proton dan Perodua.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian tersebut layak dinikmati oleh pemilik teksi dan kereta sewa persendirian.
#SinarHarian #Belanjawan2026 #dutieksais #cukaijalan #pemanduteksi
