Pelekat Hebrew tular: Pesara akui tempah 13 tahun lalu
09 Oktober 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Polis Melaka telah merakam percakapan seorang pesara kerajaan yang merupakan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular kerana memaparkan pelekat tulisan Hebrew baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, lelaki berusia 59 tahun itu mengakui bahawa pelekat yang dilekatkan pada belakang kenderaannya itu telah ditempah di sebuah kedai di Selangor sejak 13 tahun lalu.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #pelekatherbrewtulkar #PDRM #paparpelekatherbew #Melaka
