Jokowi muncul semula, kulit wajah lebih putih

Gambar terbaharu Jokowi yang mengundang pelbagai reaksi warganet. - Foto Agensi
Gambar terbaharu Jokowi yang mengundang pelbagai reaksi warganet. - Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Penampilan terbaharu bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menjadi topik perbincangan hangat di media sosial.

Hal ini kerana kulit Jokowi yang kelihatan semakin putih telah mengundang pertanyaan warganet setelah foto bersama isterinya, Iriana dikongsikan di platform X pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, banyak pihak prihatin dengan keadaan kesihatan beliau setelah pemimpin itu tidak muncul pada sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Nasional Indonesia (TNI) ke-80 pada akhir minggu lalu.

Pembantu peribadinya, Kompol Syarif Muhammad Fitriansyah menjelaskan Presiden Ketujuh Indonesia itu masih dalam proses pemulihan.

"Beliau disarankan tidak mengikuti aktiviti di luar dan mengelakkan sinaran matahari secara terus. Beliau belum sembuh sepenuhnya," jelasnya.

Sebelum ini, Jokowi dikatakan mengalami alergi hingga menyebabkan iritasi pada kulitnya.

Keadaan itu berlaku setelah pemimpin itu berkunjung ke Vatican beberapa bulan lalu.

Setelah lama menghilangkan diri, muncul pula spekulasi di media sosial mendakwa Jokowi mengalami penyakit kulit digelar Sindrom Stevens-Johnson (SJS), namun khabar angin itu dinafikan pihak Istana Presiden. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penampilan terbaharu Jokowi menjadi perbincangan hangat kerana kulitnya kelihatan semakin putih
  • Foto Jokowi dan isteri yang dikongsikan di media sosial menimbulkan pertanyaan tentang keadaan kulitnya
  • Kesihatan Jokowi menjadi perhatian setelah beliau tidak hadir dalam sambutan HUT TNI ke-80
  • Beliau dalam proses pemulihan dan disarankan untuk mengelakkan sinaran matahari
  • Spekulasi mengenai Jokowi mengalami Sindrom Stevens-Johnson dinafikan pihak Istana Presiden

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!