Dr Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Alam Sekitar

Dr Zaini Ujang
Dr Zaini Ujang
A
A
A

PUTRAJAYA - Pakar gaya hidup lestari, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar berkuatkuasa pada 23 Mac 2020.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, pelantikan itu adalah selaras dengan pewujudan Kementerian Alam Sekitar sebagai kementerian baharu.

"Zaini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Persekitaran, Universiti Newcastle Upon Tyne dan Doktor Falsafah daripada Universiti Newcastle, United Kingdom," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang kini berusia 55 tahun memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1 Oktober 2011.

Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, perancangan, penyelidikan dan alam sekitar khususnya teknologi air serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Zuki berharap dengan pelantikan itu, Zaini dapat melaksanakan tanggungjawab dalam memastikan kelestarian alam sekitar sentiasa terjaga demi kesejahteraan rakyat.

Artikel Berkaitan: