Rakyat Kedah terima kepimpinan Pas, Sanusi

OGOS lalu genap dua tahun kerajaan negeri Kedah di bawah Pas-PN selepas kemenangan PRN-15 tahun 2023.
Sebelum itu, Pas melalui kepimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah menerajui Kedah sejak 2020.
Walaupun berdepan serangan politik dan fitnah peribadi, Sanusi kekal teguh memimpin dan berjaya mengukuhkan sokongan rakyat.
Percubaan PH mencalar imej kerajaan Pas gagal, bukan sahaja di mahkamah, malah melalui kajian Yayasan Strategik Lestari (YSL) yang menilai persepsi rakyat Kedah.
Kajian dengan saiz sampel sahih pada aras kebolehpercayaan 95 peratus menunjukkan keyakinan rakyat masih kukuh.
Dari segi demografi, 64 peratus responden ialah lelaki dan 36 peratus perempuan, dengan sektor swasta (30 [peratus), bekerja sendiri (27 [peratus) dan pelajar (17 peratus) sebagai kumpulan dominan.
Data ini membuktikan sokongan datang daripada pelbagai lapisan, termasuk belia yang menjadi penentu dalam PRU akan datang.
Kerajaan Kedah bekerja untuk rakyat
Penerimaan rakyat terhadap kerajaan bukan semata- mata kerana kerajaan ini adalah kerajaan yang tinggi integriti, tetapi ia juga kerana gerak kerja setiap ADUN yang mendokong kerajaan turun ke bawah berjumpa setiap rakyat di lapangan.
Dari sejumlah 814 responden yang ditemui dari dua kawasan parlimen, iaitu Alor setar, iaitu kategori bandar dan padang terap, kategori luar bandar.
Kepimpinan Pas yang menjadi tonggak kepada kepimpinan negeri Kedah diterima secara positif oleh majoriti penduduk tempatan.
Kajian mendapati 90 peratus dari responden menilai Pas sebagai parti yang bebas rasuah dan 96 peratus bersetuju bahawa Pas adalah parti yang paling kerap turun dilapangan berbanding dengan parti- parti lain.
Rakyat menilai wakil rakyat Pas lebih dekat dengan kehidupan mereka, sentiasa menyantuni serta membantu melalui program kebajikan seperti khairat kematian, bantuan Beras Sejahtera dan khidmat komuniti.
Rakyat juga melihat Pas konsisten bersama rakyat di peringkat akar umbi.
Sebaliknya, parti lain seperti UMNO dan PKR, walaupun merupakan parti kerajaan diperingkat pusat, mererka masih gagal dilihat aktif bergerak di peringkat bawahan.
Mereka masih berdepan isu dalaman yang melemahkan motivasi jentera mereka. Inilah yang menjadi faktor kelebihan Pas Kedah di mata rakyat – politik khidmat, politik kebajikan, dan politik turun padang.
Misi dan polisi kerajaan kurang diketahui
Walaupun dapatan dari kajian adalah positif kepada prestasi kerajaan negeri, di mana seramai 90 peratus responden sangat dan berpuas hati berbanding 10 peratus yang menyatakan sebaliknya, namun ia mampu memakan diri jika sekiranya kerajaan gagal menangani kelemahan dalam penyampaian maklumat dan pemahaman rakyat terhadap dasar serta polisi negeri.
Jentera penerangan perlu segera merancang sesuatu kerana tahap kecelikan maklumat berkenaan kegiatan dan prestasi kerajaan negeri Kedah oleh responden masih kabur.
Kefahaman tentang dasar, polisi dan program kerajaan negeri bukan sekadar tidak diketahui dan difahami oleh responden yang ditemui diluar bandar, namun masih terdapat juga responden yang berlatar belakangkan pendidikan yang baik serta dari kalangan penduduk bandar.
Hampir separuh dari responden kurang peka berkaitan dasar, misi kerajaan negeri Kedah dengan hanya purata 60 peratus rakyat yang tahu misi dan visi serta polisi kerajaan negeri program pembangunan negeri.
Sesuatu harus dilakukan oleh jentera penerangan agar setiap misi dan visi negeri seperti “The Greater Kedah” mudah difahami oleh rakyat walaupun kebanyakkannya lebih mementingkan politik khidmat, politik kebajikan dan politik ambil tahu atau politik realiti.
Setiap dari responden mengakui lebih menilai prestasi perkhidmatan ADUN berbanding melihat kepada urus tadbir dan polisi kerajaan.
Walau apa pun kenyataannya, jentera diperingkat bawah tidak harus bersikap sambil lewa dengan membiarkan rakyat kabur dengan hala tuju kerajaan.
Dasar kerajaan yang difahami akan memberi peluang rakyat untuk menilai secara adil keberkesanan dasar tanpa dipengaruhi sentimen politik atau propaganda pihak lawan, seterusnya menutup ruang manipulasi pihak yang berniat jahat.
Malah ia akan memberi kesan baik kepada kerajaan kerana rakyat pasti akan bersatu padu, bekerjasama dan menyokong mempertahankan kerajaan negeri.
Sanusi MB rakyat, Pas masih menjadi pilihan
Salah satu dapatan kajian yang agak menarik ialah, sebanyak 70 peratus berpuas hati, 19 peratus responden sangat berpuas hati, hanya 11 peratus tidak puas hati dengan prestasi keseluruhan kerajaan.
Ini selari dengan keputusan di mana sebanyak 80 peratus responden percaya kerajaan negeri melaksanakan manifesto yang dijanjikan.
Lebih meyakinkan, 88 peratus responden menyatakan hasrat untuk terus mengundi kerajaan negeri sedia ada dalam PRU akan datang.
Angka ini menegaskan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pas dam Sanusi dalam memperlihatkan keprihatinan menjaga rakyat dan juga Khazanah negeri.
Hampir 70 peratus responden sangat menghargai langkah kerajaan menjaga kebajikan dan kepimpinan berintegriti (65 peratus).
Walaupun kelemahan dikenal pasti beberapa sektor seperti pembangunan belia, kebersihan, dan keberkesanan perkhidmatan awam, isu ini dilihat kecil berbanding kelebihan utama kerajaan negeri.
Kekuatan kerajaan Kedah juga dibantu dengan imej Sanusi yang dikenali sebagai “MB rakyat”.
Sifat beliau yang dekat dengan kehidupan masyarakat, berjiwa sederhana di lapangan serta lantang bersuara di peringkat nasional memberi kesan langsung kepada penerimaan rakyat Kedah yang melihat beliau bukan sahaja sebagai pemimpin politik, tetapi sebagai tokoh yang mempertahankan maruah negeri.
Serangan fitnah dan cabaran politik berterusan dilalui oleh Pas Kedah dan kepimpinan MB Sanusi tidak tergugat malah kekal mendapat kepercayaan majoriti rakyat.
Dengan 70 peratus hingga 80 peratus tahap kepuasan keseluruhan serta kecenderungan responden untuk mengekalkan undi kepada kerajaan sedia ada, Sanusi dilihat berjaya membina keyakinan yang kukuh di hati rakyat Kedah.
Bagaimanapun, kefahaman rakyat dengan misi, visi, serta polisi pembangunan negeri perlu diperbaiki segera agar rakyat tidak mudah dipengaruhi oleh dakyah lawan.
Sekiranya ini ditangani, Pas Kedah berpotensi mengekalkan momentum kejayaan serta mengukuhkan lagi kedudukan politiknya dalam PRU akan datang.
Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan bahawa kepimpinan berintegriti, dekat dengan rakyat, dan bebas rasuah menjadi faktor kepada sokongan rakyat kepada kerajaan negeri Kedah.
Keberanian Sanusi dalam menghadapi cabaran politik telah menjadikan beliau ikon kepimpinan rakyat Kedah dan menjadi nilai tambah kepada kerajaan negeri.
** Dr Mukhtaruddin Musa ialah Pengarah Urusan Yayasan Strategik Lestari (YSL)
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
