Cucu Trump guna Rumah Putih lancar jenama pakaian

Baju panas itu dijual pada harga RM549 dan turut tertera tandatangan dan logo 'KT'. Foto Agensi
Baju panas itu dijual pada harga RM549 dan turut tertera tandatangan dan logo 'KT'. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Cucu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memperkenalkan jenama pakaiannya dengan gambar promosi diambil di Rumah Putih.

Trump dengan bangga turut memperkenalkan cucunya ketika sidang media pada Jumaat.

"Untuk makluman semua, ini ialah Kai," ujar Presiden ke-47 itu yang turut memakai baju panas jenama cucunya.

Kai meneruskan legasi perniagaan keluarganya dengan menjual baju panas itu dengan harga AS$130 (RM549) yang turut tertera tandatangannya dan logo 'KT'.

"Saya telah lama menyimpan impian untuk mengeluarkan koleksi ini. Ia boleh dipakai di mana sahaja termasuk ketika menghadiri majlis makan malam," menurut gadis berusia 18 tahun itu.

Iklan promosi itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi kerana ada segelintir warganet yang kurang bersetuju dengan tindakannya menggunakan Rumah Putih sebagai latar belakang untuk jualan barangan.

Datuknya juga dikritik banyak pihak kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mempromosikan kepentingan kewangan keluarga terutamanya dalam hartanah atau mata wang kripto. - Agensi

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Cucu kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memperkenalkan jenama pakaiannya
  • Gambar promosi diambil di Rumah Putih
  • Harga baju panas jenama itu ialah AS$130 yang turut tertera tandatangannya dan logo 'KT'
  • Kai berusia 18 tahun dan ini merupakan impian lama untuk mengeluarkan koleksi
  • Iklan promosi menggunakan Rumah Putih mengundang pelbagai reaksi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!