Salah terancam kedatangan Isak - Rooney

Rooney percaya Salah (kiri) akan tergugat dengan kehadiran Isak. Foto Agensi
Rooney percaya Salah (kiri) akan tergugat dengan kehadiran Isak. Foto Agensi
A
A
A

WAYNE Rooney percaya Mohamed Salah tidak akan berpuas hati dengan kehadiran Alexander Isak di Liverpool.

Salah menjadi watak utama The Reds sejak menyertai kelab itu pada 2017, malah muncul penjaring terbanyak setiap musim.

Namun, rekod perpindahan Britain oleh Arne Slot yang membawa masuk Isak dengan dan Florian Wirtz jelas memberi isyarat kepada perubahan barisan serangan Liverpool.

Bintang Mesir berusia 33 tahun itu baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak untuk kekal di Anfield, namun setakat ini belum mempamerkan prestasi terbaik musim ini.

Walaupun berjaya meledak dua gol dalam empat perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL), satu daripadanya hadir pada minit akhir ketika menentang Bournemouth manakala satu lagi menerusi sepakan penalti menewaskan Burnley.

Slot bagaimanapun masih menaruh kepercayaan terhadap Salah dalam aksi derbi Merseyside menentang Everton pada Sabtu apabila tetap menurunkannya dalam kesebelasan utama, manakala Isak dan Wirtz diletakkan di bangku simpanan.

Bagaimanapun, bekas kapten Manchester United, Rooney menegaskan Salah pasti tidak senang dengan kehadiran dua bintang baharu yang berpotensi merampas tumpuannya.

“Walaupun Salah sudah bertahun-tahun menjadi pemain terbaik Liverpool, dia tentu tidak gembira Isak datang dan mendapat perhatian.

“Ia soal maruah peribadi, dia mahu kekal sebagai yang terbaik,” kata Rooney.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • WAYNE Rooney percaya Mohamed Salah tidak akan berpuas hati dengan kehadiran Alexander Isak di Liverpool
  • Salah menjadi watak utama The Reds sejak menyertai kelab itu pada 2017 dan muncul penjaring terbanyak setiap musim
  • Rekod perpindahan Britain oleh Arne Slot yang membawa masuk Isak dengan Florian Wirtz menandakan perubahan dalam barisan serangan Liverpool
  • Salah berusia 33 tahun baru sahaja menandatangani lanjutan kontrak untuk kekal di Anfield namun prestasinya menurun musim ini
  • Rooney menyatakan kehadiran dua bintang baharu berpotensi merampas tumpuan Salah di Liverpool

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!