Duta China gesa tragedi di Gaza ditamatkan serta-merta

Geng Shuang berucap semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. Foto AFP
Geng Shuang berucap semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. Foto AFP
A
A
A

NEW YORK - China menggesa agar tragedi di Gaza segera ditamatkan dan ketegangan di Tebing Barat diredakan serta-merta.

Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin pada Selasa.

Beliau menekankan keperluan membetulkan ketidakadilan sejarah yang dialami rakyat Palestin, di samping memelihara keamanan serta kestabilan di rantau Asia Barat.

Geng turut menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) yang sekali lagi menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi UNSC berhubung Gaza minggu lepas.

Menyentuh mengenai sejumlah negara Barat yang kini secara rasmi mengiktiraf Palestin, beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu meneruskan momentum positif ini dengan berusaha mencerahkan prospek 'penyelesaian dua negara' serta menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka di samping mempercepatkan keanggotaan penuh Palestin dalam PBB.

Geng menegaskan bahawa China sentiasa menyokong usaha rakyat Palestin untuk memperjuangkan keadilan. - Bernama-CMG

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • China menggesa agar tragedi di Gaza ditamatkan dan ketegangan di Tebing Barat diredakan
  • Timbalan Wakil Tetap China ke PBB, Geng Shuang, berucap pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin
  • China menekankan keperluan membetulkan ketidakadilan sejarah yang dialami rakyat Palestin dan memelihara keamanan di Asia Barat
  • China kecewa dengan tindakan AS yang menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi UNSC berhubung Gaza
  • China menyokong momentum positif pengiktirafan negara Palestin dan penyelesaian dua negara serta mempercepatkan keanggotaan Palestin dalam PBB

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!