Derma darah bukti perpaduan, keprihatinan komuniti Klang

Seing Liong (tujuh dari kanan) bersama pemimpin dan tenaga kerja sukarelawan melawat kawasan kempen derma darah pada Ahad.
Seing Liong (tujuh dari kanan) bersama pemimpin dan tenaga kerja sukarelawan melawat kawasan kempen derma darah pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Masyarakat komuniti Klang memaparkan semangat perpaduan dan keprihatinan tinggi apabila hadir menjayakan kempen derma darah anjuran Kumpulan Acmar di AEON Mall, Bukit Raja pada Ahad.

Kumpulan Acmar dalam kenyataannya berkata, program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang itu mendapat kerjasama Klang Executive Club, Persatuan Jaksa Pendamai (JP) Klang, Rotary Club Klang dan AEON Mall dengan mengetengahkan tema ‘Kongsi Darah Anda, Selamatkan Nyawa’.

“Kempen ini selaras dengan falsafah Kumpulan Acmar iaitu Membina Legasi, Berkhidmat kepada Masyarakat.

“Sempena ulang tahun ke-46 sejak penubuhannya pada tahun 1979, Kumpulan Acmar terus memperjuangkan inisiatif yang memperkasa komuniti dan menyokong pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Kempen derma darah yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang pada Ahad.
Kempen derma darah yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 3 petang pada Ahad.

Majlis tersebut turut dihadiri Presiden Persatuan JP Selangor, Datuk Ng Seing Liong; Presiden Persatuan JP Klang, Datuk Thong Thong Young Koon; dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Acmar, Johnson Tee.

Menurut Kumpulan Acmar, inisiatif kempen itu turut menerima sokongan padu daripada penduduk Klang, sukarelawan dan pemimpin masyarakat, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kumpulan berkenaan terhadap khidmat awam serta pembangunan negara.

“Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua penderma, sukarelawan dan rakan kerjasama yang menjayakan acara ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Masyarakat komuniti Klang memaparkan semangat perpaduan dan keprihatinan dalam kempen derma darah anjuran Kumpulan Acmar
  • Kempen tersebut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Klang Executive Club dan Rotary Club Klang
  • Kempen ini selaras dengan falsafah Kumpulan Acmar iaitu 'Membina Legasi, Berkhidmat kepada Masyarakat'
  • Presiden Persatuan JP Selangor, Datuk Ng Seing Liong dan beberapa individu penting hadir menyokong majlis tersebut
  • Kempen derma darah menunjukkan komitmen Kumpulan Acmar terhadap khidmat awam dan pembangunan negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!