PRK Cameron Highlands: Ramli serasi dengan pengundi

Ramli dan Wan Rosdy bertemu pengundi di beberapa kampung sekitar Cameron Highlands.
Ramli dan Wan Rosdy bertemu pengundi di beberapa kampung sekitar Cameron Highlands.
A
A
A

LIPIS - Pusingan pertama kempen calon BN, Ramli Mohd Nor lancar selepas tiga hari bertemu pengundi di Parlimen Cameron Highlands.

Ketika ditemui, bekas pegawai kanan polis itu gembira dengan sokongan dan maklum balas diterima sehingga hari ini.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan penerimaan pengundi di kawasan kampung tradisi dan perkampungan Orang Asli selain kaum-kaum lain.

No Image Caption

"Saya pun terkejut dengan sambutan diberikan dan apa yang boleh saya janji dengan pengundi suara mereka akan kedengaran di Parlimen jika saya menang,.

"Saya anak watan, bagi masyarakat Orang Asli, Melayu dan berjumpa dengan Presiden MCA, Wee Ka Siong dan MIC pun sebelum ini memberikan janji sama untuk menyokong saya"katanya ketika ditemui pada kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Gahai Cawangan Kampung Bertang hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Jawatankuasa Kemudahan Asas,Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman.

Dalam pada itu, selepas pusingan pertama kempen di kawasan Orang Asli dan Kampung tradisi, beliau memberitahu akan memulakan kempen ke kawasan Felda dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: