Hari pertunangan jadi kisah duka, rombongan lelaki tidak muncul

ACEH – Saat bahagia seorang wanita di Bireuen, Aceh bertukar duka apabila majlis pertunangannya dibatalkan selepas keluarga lelaki tidak muncul pada hari yang dijanjikan, lapor Wolipop.
Dalam rakaman video yang dikongsi jurugambar Heri Naufal melalui akaun TikTok @hery_naufal_fg, kelihatan hidangan pelbagai juadah dan hiasan indah telah disiapkan, termasuk kerusi pelamin berhias bunga, namun suasana sepi tanpa rombongan pihak lelaki.
“Bahagia berganti duka hancur hati seorang wanita, rombongan lelaki tak kunjung datang di hari tunangan,” tulis keterangan video tersebut.
Insiden pada Ahad itu mengejutkan keluarga pengantin perempuan sehingga ada yang pengsan, manakala tangisan kedengaran di lokasi.
Video berkenaan tular dengan lebih 1.4 juta tontonan dan dihujani ribuan komen warganet yang bersimpati serta menyarankan laporan polis dibuat atas kerugian yang dialami.
Seorang pengguna TikTok menulis: “Masih untung ini baru tunangan. Kalau tidak datang hari pernikahan, lebih besar aibnya. ALLAH masih sayang padanya.”
Heri ketika dihubungi Wolipop berkata, pihaknya tidak memperoleh butiran lanjut kerana keluarga wanita enggan ditemu bual akibat terlalu sedih.
Katanya, majlis itu berlangsung di Bireuen dan pihak perempuan enggan memberi keterangan kerana terlalu marah dan terkejut dengan kejadian yang mengaibkan keluarga mereka itu. - Agensi
Ringkasan AI
- Saat bahagia seorang wanita di Bireuen, Aceh bertukar duka apabila majlis pertunangannya dibatalkan selepas keluarga lelaki tidak muncul pada hari yang dijanjikan
- Hidangan pelbagai juadah dan hiasan indah telah disiapkan termasuk kerusi pelamin yang berhias bunga tetapi suasana sepi tanpa rombongan pihak lelaki
- Insiden itu mengejutkan keluarga pengantin perempuan sehingga ada yang pengsan dan tangisan kedengaran di lokasi
- Video insiden tersebut tular dengan lebih 1.4 juta tontonan dan dihujani ribuan komen warganet yang bersimpati
- Kelurga wanita terlalu sedih dan enggan ditemu bual serta terkejut dengan kejadian yang mengaibkan keluarga mereka
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
