Anggota JPJ didenda RM10,000 terima suapan RM1,400
18 September 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menerima suapan RM1,400 daripada seorang pengurus syarikat logistik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Binti Ya'Acob.
Tertuduh, Che Fazdlie Izwan Che Johari, 38, membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Rasuah
