Anak libas bapa guna pisau dan rotan sebelum bakar rumah

Seorang penganggur ditahan selepas memukul serta melibas bapanya sebelum bertindak membakar rumah milik warga emas itu di Kampung Tengah, Jalan Bakri, Rabu. - Foto IPD Muar
Seorang penganggur ditahan selepas memukul serta melibas bapanya sebelum bertindak membakar rumah milik warga emas itu di Kampung Tengah, Jalan Bakri, Rabu. - Foto IPD Muar
A
A
A

MUAR – Seorang lelaki bertindak membakar rumah milik bapanya di Kampung Tengah, Jalan Bakri pada Rabu selepas mencederakan warga emas itu dengan rotan dan pisau.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.43 pagi itu, turut menyebabkan sebuah kereta serta motosikal musnah dengan anggaran kerugian antara RM100,000 hingga RM150,000.

“Sebelum kebakaran, suspek berusia 32 tahun telah memukul serta melibas bapanya berusia 70 tahun dengan rotan dan pisau sehingga menyebabkan kecederaan. Mangsa kini dirawat di Hospital Muar.

“Suspek yang tidak bekerja ditahan disahkan positif methamphetamine dan sedang menerima rawatan kerana kecederaan ringan.

"Dia juga disyaki mempunyai masalah mental,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Raiz Mukhliz, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa memantau ahli keluarga agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah yang boleh membawa kepada kejadian tidak diingini.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki bakar rumah bapa selepas cederakan dengan rotan dan pisau di Kampung Tengah, Jalan Bakri
  • Kejadian berlaku pada Rabu, kerugian dianggarkan antara RM100,000 hingga RM150,000
  • Suspek berusia 32 tahun, mangsa berusia 70 tahun dirawat di Hospital Muar
  • Suspek positif methamphetamine, memiliki masalah mental, disiasat mengikut Seksyen 436 dan 324 Kanun Keseksaan
  • Polis nasihat orang ramai pantau ahli keluarga elak penyalahgunaan dadah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!