Hakim Danish panaskan enjin di Misano

Hakim Danish. Foto ZK Racing
Hakim Danish. Foto ZK Racing
A
A
A

PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli bertekad untuk tampil lebih garang apabila meneruskan cabaran dalam Pusingan Keempat Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP di Motor Valley Romagna, Misano, hujung minggu ini.

Hakim Danish, 18, dari Terengganu itu mengakui keyakinannya semakin tinggi selepas menamatkan musim Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) dengan kedudukan ketiga keseluruhan pada saingan final di litar sama minggu lalu.

“Pada minggu lepas baru sahaja habis final round untuk Red Bull MotoGP Rookies Cup di Misano. Saya lebih bersemangat untuk perlumbaan JuniorGP di sini.

“Ketika ini, saya berada di tangga ketujuh dalam kejuaraan dan sasaran saya adalah untuk meraih seberapa banyak podium. Jangan lupa doakan kejayaan saya,” katanya.

Hakim Danish kini menghuni tempat ketujuh keseluruhan carta kejuaraan dan bertekad untuk mengutip mata maksimum di Misano bagi memperbaiki kedudukan semasa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli, bertekad untuk tampil lebih garang di Pusingan Keempat Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP
  • Hakim Danish berusia 18 tahun dari Terengganu
  • Keyakinan Hakim meningkat selepas menduduki tempat ketiga keseluruhan di musim Red Bull MotoGP Rookies Cup
  • Berada di tangga ketujuh dalam kejuaraan dengan sasaran memperbanyakkan jumlah podium
  • Hakim Danish bertekad mengutip mata maksimum di Misano untuk memperbaiki kedudukan semasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!