Sempat lagi buat pasta ketika naik pesawat

Brooks santai di tempat duduk penumpang dalam pesawat ketika berkongsi cara membuat gnocchi. Foto Agensi
Brooks santai di tempat duduk penumpang dalam pesawat ketika berkongsi cara membuat gnocchi. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Gelagat seorang penumpang membuat pasta ketika menaiki penerbangan menjadi tular di media sosial.

Klip itu menunjukkan Katie Brooks turut menguli doh untuk menghasilkan gnocchi ketika pesawat berada pada ketinggian lebih 9,000 meter.

"POV: Anda tidak suka makanan dalam pesawat. Jadi buat sendiri. Ada sesiapa lagi sama dengan saya?" menurut kapsyen dikongsi wanita tersebut.

Menerusi klip itu, Brooks dilihat mengadunkan tepung dan air dalam satu mangkuk menggunakan jarinya sebelum dibentuk menjadi doh.

Dia yang mengendalikan kelas membuat pasta di kediamannya di San Diego, Amerika Syarikat (AS) turut memotong doh kepada bahagian lebih kecil dan menghasilkannya dalam bentuk gnocchi.

Seperti dalam kelas memasak, Brooks kemudiannya menunjukkan sepinggan pasta hasil air tangannya.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan pelbagai reaksi warganet malah ramai yang mempersoalkan tentang isu kebersihan dan keselesaan penumpang lain. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gelagat seorang penumpang membuat pasta ketika menaiki penerbangan menjadi tular di media sosial
  • Katie Brooks menguli doh untuk menghasilkan gnocchi ketika pesawat berada pada ketinggian lebih 9,000 meter
  • Brooks dilihat mengadunkan tepung dan air dalam satu mangkuk menggunakan jarinya sebelum dibentuk menjadi doh
  • Dia mengendalikan kelas membuat pasta di kediamannya di San Diego, Amerika Syarikat
  • Tindakan itu mencetuskan pelbagai reaksi warganet termasuk mempersoalkan tentang isu kebersihan dan keselesaan penumpang lain

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!