RM154,902 lesap, lelaki ditipu sindiket pelaburan kripto

ROMPIN – Impian seorang lelaki untuk meraih keuntungan lumayan menerusi pelaburan mata wang kripto bertukar malang apabila wang simpanannya berjumlah RM154,902 lesap dipercayai ditipu sindiket itu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa berusia 36 tahun menyedari dirinya diperdaya selepas diminta terus memasukkan wang dalam jumlah besar tanpa menerima sebarang pulangan pelaburan.
“Hasil siasatan mendapati mangsa berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘khidmat pelanggan’ melalui laman web https://m.htfxfxus.com/.
“Mangsa kemudian diarahkan membuat beberapa transaksi ke 15 akaun bank berbeza kononnya untuk memenuhi syarat pengeluaran modal dan keuntungan pelaburan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sharif Shai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa terutama melalui laman web atau aplikasi tidak sah.
"Semakan latar belakang pelaburan boleh dibuat menerusi portal rasmi Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi mengelak menjadi mangsa.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjadi mangsa penipuan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-4145329," katanya
Habis
Ringkasan AI
- Impian lelaki meraih keuntungan dari pelaburan kripto bertukar malang dengan kerugian RM154,902 akibat penipuan sindiket
- Mangsa berusia 36 tahun menyedari ditipu selepas diminta memasukkan wang besar tanpa pulangan
- Berurusan dengan individu atas nama 'khidmat pelanggan' melalui laman web htfxfxus.com
- Diarahkan membuat transaksi ke 15 akaun bank berbeza untuk syarat pengeluaran modal dan keuntungan
- Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, nasihat berhati-hati terhadap tawaran pelaburan luar biasa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

