Mayat bayi ditemui di pesisiran sungai

GERIK – Polis menemui mayat seorang bayi di pesisir Sungai Air Kala, Selat Pagar di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othmani berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan itu kira-kira jam 2.15 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat bayi berkenaan di tebing sungai.
“Setakat ini, jantina serta bangsa bayi tersebut masih belum dapat dikenal pasti. Mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang bayi.
“Polis memandang serius kes seumpama ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” jelasnya.
Ringkasan AI
- Polis menemui mayat bayi di persisiran Sungai Air Kala, Selat Pagar di Gerik pada Isnin
- Maklumat penemuan mayat diterima dari orang awam jam 2.15 petang
- Anggota polis dikerahkan ke lokasi dan menemui mayat bayi di tebing sungai
- Jantina dan bangsa bayi belum dapat dikenal pasti, mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat
- Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang bayi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

