Pemuda Pas sokong calon PM bawah 70 tahun

Mohd Hafez
Mohd Hafez
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda Pas menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa calon Perdana Menteri daripada parti itu hendaklah berusia bawah 70 tahun.

Timbalan Ketuanya, Mohd Hafez Sabri berkata, meskipun kenyataan itu nampak ringkas namun ia membawa mesej besar tentang kesungguhan Pas menampilkan kepimpinan baharu dalam pentadbiran negara.

Menurutnya, ia juga mencerminkan iltizam parti untuk tidak hanya bergantung kepada tokoh lama, sebaliknya sedia menampilkan calon berkaliber, segar dan berdaya saing.

"Anak muda khususnya menyambut baik kenyataan ini kerana melambangkan keterbukaan Pas memberi ruang kepada generasi pelapis untuk memikul tanggungjawab kepimpinan negara.

"Pendekatan ini memperlihatkan kebijaksanaan strategi politik, sekali gus menegaskan Pas serius membawa aspirasi perubahan dan nafas baharu untuk Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Hafez yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi menambah, langkah itu diyakini mampu mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa Pas bukan sahaja parti masa lalu, tetapi juga parti masa hadapan yang bersedia memimpin negara dengan kepimpinan dinamik, progresif dan tetap berteraskan prinsip Islam.

Sebelum ini, Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Pas Ke-71 di Kompleks Pas Kedah menegaskan beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia dan kesihatan.

Katanya, calon yang sesuai mestilah seorang yang sihat tubuh badan, berusia bawah 70 tahun dan cukup gagah untuk memimpin negara.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemuda Pas menyokong kenyataan Presidennya Abdul Hadi Awang tentang calon Perdana Menteri berusia bawah 70 tahun
  • Kenyataan tersebut mencerminkan kesungguhan Pas menampilkan kepimpinan baharu
  • Ia melambangkan keterbukaan Pas kepada generasi pelapis dalam kepimpinan negara
  • Strategi ini menandakan Pas serius membawa perubahan dan nafas baru untuk Malaysia
  • Langkah Pas diyakini mampu memimpin negara dengan kepimpinan yang dinamik, progresif dan berteraskan prinsip Islam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!