Artis Hollywood zahir solidariti buat Palestin

Dari kiri: Javier Bardem, Megan Stalter’s,Hannah Einbinder
Dari kiri: Javier Bardem, Megan Stalter’s,Hannah Einbinder
A
A
A

LOS ANGELES – Anugerah Emmy ke-77 pada Sabtu menjadi pentas solidariti buat Palestin, apabila beberapa bintang Hollywood lantang menyuarakan sokongan terhadap negara berkenaan serta mendesak gencatan senjata di Gaza.

Pelakon siri Hacks, Hannah Einbinder, yang memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kategori Komedi, menutup ucapan kemenangannya dengan seruan 'bebaskan Palestin' sambil memakai pin merah Artists4Ceasefire, simbol desakan supaya Amerika Syarikat menggesa gencatan senjata segera.

Di belakang pentas, Einbinder berkata, beliau mempunyai rakan-rakan yang kini menjadi petugas kesihatan di Gaza.

“Isu ini amat dekat dengan hati saya. Sebagai seorang Yahudi, saya rasa penting untuk membezakan antara agama Yahudi dengan negara Israel,” katanya.

Pelakon Sepanyol Javier Bardem pula hadir dengan mengenakan keffiyeh Palestin di karpet merah.

Beliau menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong kekejaman di Gaza.

“Saya kehilangan pekerjaan bukan isu besar. Apa yang berlaku di sana lebih penting,” katanya.

Turut menyertai gelombang solidariti ialah pelakon White Lotus Aimee Lou Wood dan Natasha Rothwell, Ruth Negga serta Chris Perfetti, yang semuanya memakai pin merah yang sama.

Sementara itu, pelakon Hacks Megan Stalter tampil dengan beg tangan bertulis “Ceasefire!” sebagai mesej jelas kepada dunia.

Artikel Berkaitan:

Sejak 2023, pin Artists4Ceasefire menjadi simbol protes di pentas anugerah seperti Oscar dan Emmy, menuntut gencatan senjata kekal, penghantaran segera bantuan kemanusiaan ke Gaza.- Agensi

Ringkasan AI

  • Anugerah Emmy ke-77 jadi pentas solidariti buat Palestin dengan desakan gencatan senjata di Gaza
  • Hannah Einbinder menang dan tutup ucapan dengan seruan 'bebaskan Palestin', memakai pin Artists4Ceasefire
  • Javier Bardem hadir dengan keffiyeh Palestin, menegaskan tak akan kerja dengan pihak menyokong kekejaman di Gaza
  • Pelakon seperti Aimee Lou Wood, Natasha Rothwell, dan lain-lain juga memakai pin merah Artists4Ceasefire
  • Pin Artists4Ceasefire jadi simbol protes di anugerah Oscar dan Emmy, desak gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!