Menteri AI pertama di dunia untuk banteras rasuah

TIRANA - Perdana Menteri Albania, Edi Rama yang bakal memulakan pentadbiran penggal keempat melantik menteri pertama di dunia yang dijana teknologi kecerdasan buatan (AI).
Rama memperkenalkan Diella yang bermaksud 'matahari' dalam bahasa Albania ketika mesyuarat bersama Parti Sosialis pimpinannya.
"Diella merupakan anggota Kabinet pertama yang tidak wujud secara fizikal. Beliau dipertanggungjawabkan untuk menyelia tender awam, sekali gus menjadikannya 100 peratus bebas rasuah.
"Setiap dana awam yang dikemukakan melalui prosedur tender akan sepenuhnya telus," ujarnya ketika mengumumkan barisan Kabinet baharu pada Khamis.
Diella dilancarkan pada Januari lalu sebagai pembantu maya janaan AI menyerupai seorang wanita yang mengenakan pakaian tradisional.
Pada mulanya, AI tersebut berfungsi untuk membantu pengguna platform e-Albania yang menawarkan perkhidmatan dan dokumen.
Setakat ini, Diella telah membantu untuk mengeluarkan 36,600 dokumen digital dan menyediakan hampir 1,000 perkhidmatan melalui platform itu. - AFP
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Albania, Edi Rama melantik menteri pertama di dunia yang dijana AI
- Menteri AI bernama Diella yang bermaksud 'matahari' dalam bahasa Albania
- Diella diamanahkan untuk menyelia tender awam demi kebebasan dari rasuah
- Setiap dana awam melalui tender akan menjadi sepenuhnya telus
- Diella ialah pembantu maya yang telah membantu mengeluarkan 36,600 dokumen digital melalui platform e-Albania
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

