Afnan Hamimi kekal Ketua Pemuda Pas, menang tanpa bertanding

Afnan Hamimi
Afnan Hamimi
A
A
A

ALOR SETAR - Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke-66 menyaksikan tiada perebutan jawatan bagi jawatan utama sayap parti itu.

Jawatan Ketua Pemuda Pas Pusat kekal disandang Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd Hafez Sabri kekal Timbalan Ketua Pemuda, kedua-duanya menang tanpa bertanding selepas ketiadaan pencabar.

Naib Ketua Pemuda, Muhammad Hanif Kamaruddin juga berjaya mempertahankan kedudukan setelah menang tanpa bertanding.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dan Norazariza Ahmad Alawi juga memenangi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi tanpa dicabar.

Seramai 673 perwakilan layak mengundi dengan 637 perwakilan mengundi sementara 36 yang lain tidak mengundi.

Pemilihan yang diadakan pada Jumaat di Kompleks Pas Kedah hanya melibatkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat bagi sesi 2025-2027.

Hanya 12 AJK dipilih daripada jumlah keseluruhan 20 calon yang layak bertanding.

Keputusan diumumkan oleh Pengerusi pemilihan parti untuk Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-71, Wan Rohimi Wan Daud.

 

Artikel Berkaitan:

Dewan Pemuda Pas Pusat bagi sesi 2025-2027:

Pengerusi Tetap: Ahmad Fadhli Shaari

Timbalan Pengerusi: Norazariza Ahmad Alawi

Ketua Pemuda: Afnan Hamimi Taib Azamudden

Timbalan Ketua Pemuda: Mohd Hafez Sabri

Naib Ketua Pemuda: Hanif Jamaludin

AJK Kerja:

Mohd Fadhli Rahimi Zulkifli (ADUN Rantau Abang)

Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi (ADUN Sura)

Imran Ishak

Muhammad Syukri Alimar Shidi

Zulkifli Mohamad

Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir

Muhd Khidir Izadin

Muhammad Faizuddin Mohd Zai

Yusof Abdul Hadi

Hendri Hamsah

Mohd Aizat Zakaria

Khairul Nadzir Helmi Azhar

Ringkasan AI

  • Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke-66 berlangsung tanpa perebutan jawatan utama
  • Afnan Hamimi Taib Azamudden dan Mohd Hafez Sabri kekal sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda Pas tanpa bertanding
  • Muhammad Hanif Kamaruddin, Ahmad Fadhli Shaari, dan Norazariza Ahmad Alawi menang tanpa dicabar untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, Pengerusi Tetap, dan Timbalan Pengerusi
  • Seramai 673 perwakilan layak mengundi dengan 637 perwakilan mengundi
  • Keputusan pemilihan AJK Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat bagi sesi 2025-2027 diumumkan oleh Wan Rohimi Wan Daud

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!