Lima direman kes tipu tuntutan bekalan lembu RM400,000

Lima individu termasuk tiga penjawat awam direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu membabitkan bekalan lembu betina bernilai kira-kira RM400,000. - Foto SPRM Johor
Lima individu termasuk tiga penjawat awam direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu membabitkan bekalan lembu betina bernilai kira-kira RM400,000. - Foto SPRM Johor
A
A
A

SEGAMAT – Lima individu termasuk tiga penjawat awam direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu membabitkan bekalan lembu betina bernilai kira-kira RM400,000.

Majistret Rahimah Abd Majid membenarkan permohonan reman tersebut sehingga 15 September ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Sesyen Segamat pada Rabu.

Menurut sumber, kesemua suspek terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki berusia 30 hingga 60-an ditahan secara berasingan pada Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Segamat antara jam 11 pagi hingga 2 petang.

“Berdasarkan siasatan awal, mereka disyaki bersubahat memperakukan serta mengemukakan dokumen mengandungi butir palsu bagi tuntutan bayaran bekalan lembu betina kepada dua badan berkanun di Johor, sedangkan pembekalan tidak dibuat,” katanya.

Difahamkan, dua daripada suspek merupakan pemilik serta pengurus syarikat yang dipercayai terbabit dalam perbuatan itu pada Februari 2023.

Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tahanan reman tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!