[VIDEO] Anwar puas hati sistem Sara lancar

A
A
A

BALING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan sistem pembelian barangan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang kini turut diperluaskan ke pasar raya kecil di luar bandar.

Menurutnya, inisiatif itu turut memberi kemudahan kepada pengguna termasuk rakyat di kawasan luar bandar.

Anwar meninjau pembelian Program Sara di Pasaraya Ekonomi Rakyat Baling pada Sabtu.
Anwar meninjau pembelian Program Sara di Pasaraya Ekonomi Rakyat Baling pada Sabtu.

"Saya tengok Program Sara ini...pertama bukan saja pasar raya besar tetapi yang kecil-kecil pun termasuk. Keduanya kita sekarang galakkan tambahan produk tempatan, kita tengok macam kopi (misalnya) kopi Baling, kemudian ada kicap (contohnya) kicap Kuala Kedah, Alor Setar ataupun di Kelantan.

"Ia tak termasuk kategori yang pasar raya besar, mana yang kecil-kecil (juga diperluaskan)... dan keduanya produk tempatan kita bagi keutamaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pelaksanaan Program Sara di Pasaraya Ekonomi Rakyat Baling di sini pada Sabtu.

Jelasnya, sistem Sara juga semakin lancar berbanding hari pertama sumbangan tersebut boleh digunakan pada 31 Ogos lalu.

"Alhamdulillah puas hati sangat....tentang prestasi...sekarang dah tak ada masalah, dah empat lima hari ini dah tak ada satu aduan pun lagi.

Artikel Berkaitan:

"Saya tengok kalau setakat tadi bukan satulah, tujuh lapan (transaksi) dah berjaya. Nampak berjalan baiklah cuma hari itu hari pertama kedua ada 'gangguan sementara' sikitlah sekarang ini nampak lancar baik," jelas beliau.

Ditanya mengenai keperluan tindakan tambahan terhadap sistem berkenaan Anwar berkata, sebarang dasar atau penambahbaikan bantuan lain akan dibincangkan menerusi Belanjawan pada Oktober.

"Setakat ini sistem berjalan dengan baik. Soal yang lain, soal apa-apa ikhtiar atau dasar baharu itu kita bincang dalam Belanjawan bulan Oktober," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!