Aqra derita kanser saraf, kos imunoterapi cecah RM350,000
06 September 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Hati mana yang tidak luluh apabila melihat anak kecil berusia lima tahun terpaksa bertarung dengan penyakit kanser, sedangkan pada usia sebegitu dia sepatutnya ceria bermain seperti kanak-kanak lain, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Itulah dugaan yang dihadapi oleh anak keempat daripada lima beradik, Muhammad Aqra Rizki Yuraimi, yang menghidap kanser saraf (neuroblastoma) dan kini bergantung kepada ubat-ubatan khusus yang dianggarkan menelan kos mencecah ratusan ribu ringgit.
Muzik: Another Chance-Amsound dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #AlorGajah #Bantuan #kanser
