Jutawan Brazil tinggalkan wasiat RM4.8 bilion kepada Neymar

NEYMAR
NEYMAR
A
A
A

BINTANG bola sepak Brazil, Neymar menerima durian runtuh selepas seorang jutawan misteri dilaporkan meninggalkan keseluruhan harta miliknya kepada pemain itu menerusi satu wasiat.

Bagi kebanyakan orang, kisah dermawan yang sanggup mengubah hidup seseorang dengan mewariskan sejumlah besar wang mungkin kedengaran terlalu indah untuk dipercayai.

Namun, tidak bagi Neymar yang kini berusia 33 tahun apabila beliau dijangka bertambah kaya selepas laporan daripada portal tempatan, RIC mendedahkan nama bintang Santos FC itu disenaraikan sebagai pewaris tunggal seorang jutawan Brazil dalam wasiat yang difailkan di Porto Alegre pada Jun lalu.

Menurut laporan itu, jutawan berkenaan memiliki kekayaan dianggarkan bernilai £846 juta (RM4.8 bilion).

Dengan jumlah itu, Neymar kini secara rasmi bergelar seorang bilionair di tanah airnya.

Difahamkan, usahawan berkenaan memilih Neymar kerana merasakan dirinya mempunyai persamaan peribadi dengan pemain tersebut. Malah, beliau yang dikatakan bujang dan tidak mempunyai anak, amat mengagumi hubungan rapat Neymar dengan bapanya yang mengingatkannya kepada hubungannya sendiri dengan keluarga.

Setakat ini, Neymar yang juga bapa kepada empat anak belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung durian runtuh itu yang berkemungkinan berdepan tuntutan undang-undang selepas disahkan.

Namun, Neymar sebenarnya tidak berada dalam keadaan mendesak dari segi kewangan kerana anggaran kekayaan sedia ada pemain itu berada antara £223 juta hingga £245 juta.

Baru-baru ini, Neymar kembali ke Brazil untuk menyarung jersi kelab lamanya, Santos FC selepas semusim beraksi dalam Liga Pro Saudi bersama Al-Hilal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!