Warga emas dikhuatiri lemas ketika keluar memancing

Keluar dengan bot pada jam 3 petang, Ahad dari Tanjung Kuala

Mangsa dikhuatiri lemas selepas keluar memancing di laut. - Foto hiasan dijana AI.
Mangsa dikhuatiri lemas selepas keluar memancing di laut. - Foto hiasan dijana AI.
A
A
A

TUMPAT – Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas tidak pulang ke rumah sejak keluar memancing di laut dengan menaiki bot dari Tanjung Kuala di sini pada Ahad.

Mangsa, Ahmad Husin, 71, dilaporkan tidak pulang selepas keluar ke laut pada jam 3 petang sebelum kehilangan itu disedari ahli keluarganya yang kemudian membuat laporan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 12.30 tengah hari berhubung kejadian itu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Zaidi Yahya@Hamzah berkata, sebaik tiba di lokasi, pihaknya dimaklumkan bot milik mangsa juga belum dapat dikesan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.

“SAR dijalankan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta orang awam.

“Pencarian menggunakan beberapa bot dilakukan di sekitar perairan dari Pengkalan Kubur hingga Kuala Besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, seramai 44 anggota keselamatan bersama tujuh bot termasuk daripada orang awam terlibat dalam operasi itu.

“Setakat jam 5.55 petang tadi, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR ditangguhkan serta akan disambung esok pagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!