YFL, MFL intai peluang kerjasama

KEHADIRAN delegasi Liga Bola Sepak Yakin (YFL) dari Brunei ke pejabat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuktikan reputasi Liga Malaysia (Liga-M) semakin kukuh sebagai antara liga terbaik di Asia Tenggara.
Delegasi tersebut diketuai oleh Presidennya, Pengiran Zamri Pengiran Bujang bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Hernah Nur Imani Jeffrey.
Mereka disambut oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd yang berkongsi perkembangan terkini mengenai perjalanan Liga Liga-M musim 2025/2026.
Pertemuan itu turut membuka ruang perbincangan melibatkan potensi kerjasama antara kedua-dua organisasi, khususnya dalam aspek pengurusan dan pembangunan bola sepak profesional.
Pengiran Zamri dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada MFL kerana sudi berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam menguruskan liga.
Sebagai rekod, Liga-M kini diiktiraf sebagai antara yang terbaik di rantau ini selain berada di tangga ke-11 daripada 47 liga di Asia.
Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Penasihat YFL, Syahrul Azhar Mahmood dan legenda bola sepak Brunei kempen Piala Malaysia 1999, Zaini Tumih yang kini mengendalikan Gergasi FC.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
