Empat lelaki didakwa bunuh Koperal Mohd Hafizul
25 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam percubaan menangkap mereka yang berakhir tragis pada 7 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh iaitu Muhamad Badry Muhamad Azami, 24; Mohamad Hafiz Khazli, 26; Badri Iman Abdul Nasir, 25; dan Mohd Saifuan Mohd Noor, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #rempuhpolis #KoperalMohdHafizul #Polis
