RXZ Member: Ramai angkut motor naik 4x4

SHAH ALAM – Perhimpunan permotoran popular, RXZ Member edisi ketujuh bermula hari ini di Gong Badak dengan kehadiran ribuan peminat Yamaha RXZ dari seluruh negara.
Apa yang mencuri perhatian kali ini bukan sekadar jumlah penyertaan tetapi cara jentera dua roda itu dibawa ke lokasi.
Menerusi klip video tular di media sosial, kebanyakan motosikal RXZ dilihat tidak ditunggang oleh pemiliknya, sebaliknya diangkut menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4x4).
Lebih menarik, motosikal berkenaan dibalut rapi untuk mengelak kerosakan akibat gegaran sepanjang perjalanan.
Setiap kumpulan peserta juga hadir dengan identiti tersendiri termasuk tema warna khas antaranya wakil Kelantan tampil dengan ‘cover set’ hitam putih yang digelar Batman.
Perhimpunan tahunan ini bakal berlangsung hingga Sabtu dan terus menjadi medan himpunan paling ditunggu-tunggu oleh peminat tegar RXZ seluruh negara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
