Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

K3P lahirkan duta pelancongan kecil

19 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A

Aktiviti Kelab Program Pelancongan (K3P) dilaksanakan di peringkat sekolah mampu melahirkan generasi muda yang celik dalam sektor pelancongan di samping memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Terengganu, Mazshida Ruslal berkata, program itu turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai prospek kerjaya dalam bidang pelancongan seterusnya melahirkan modal insan berpengetahuan yang dapat menyumbang kepada pembangunan sektor berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744034/K3P-lahirkan-duta-pelancongan-kecil

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #K3P #MOTAC #duapelancongankecil