Mayat pelajar digantung: Suspek mungkin dikenali mangsa - Polis

Seorang wanita ditemui meninggal dunia di kediamannya di USJ 2/1, Subang Jaya Khamis lalu. (Gambar kecil: Wan Azlan)
Seorang wanita ditemui meninggal dunia di kediamannya di USJ 2/1, Subang Jaya Khamis lalu. (Gambar kecil: Wan Azlan)
A
A
A

SUBANG JAYA – Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes bunuh seorang pelajar wanita sebuah kolej yang mayatnya ditemukan tergantung pada kipas siling di rumah keluarganya di USJ 2/1 di sini, merupakan individu yang dikenali mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, setakat ini pihak polis telah mengambil 12 keterangan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan berkemungkinan suspek ialah individu yang dikenali mangsa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumah keluarganya di USJ 2/1, Subang Jaya pada Khamis.

Polis menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada bapa mangsa pada jam 11.55 pagi yang menemukan anak perempuannya dalam keadaan sedemikian.

Punca kematian disahkan akibat pendarahan di sekeliling tulang hyoid (tulang leher), manakala kecederaan pada otot dan tulang adalah kesan daripada manual strangulation (cekikan secara manual).

Mangsa dikatakan tinggal bersama kakak dan sepupunya, namun ketika kejadian pelajar itu berada di rumah seorang diri.

Tiada kehilangan harta benda dilaporkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!