270 kenderaan mewah disita tak bayar cukai jalan
16 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Sebanyak 270 kenderaan mewah disaman dan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dalam Ops Luxury atas kesalahan tidak memiliki cukai jalan (LKM) dan insurans kenderaan yang sah, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi yang dijalankan di seluruh negara itu secara keluruhannya memberikan tumpuan kenderaan mewah yang beroperasi di jalan raya tanpa mematuhi syarat-syarat perundangan yang telah ditetapkan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #JohorBahru #OpsLuxury #Sita #KenderaanMewah
