Bunga Raya B-20 naik podium di India

Skuad Bunga Raya negara menamatkan kempen Kejuaraan Ragbi Asia B-20 dengan kedudukan ketiga terbaik pada Ahad.
Skuad Bunga Raya negara menamatkan kempen Kejuaraan Ragbi Asia B-20 dengan kedudukan ketiga terbaik pada Ahad.
A
A
A

SKUAD ragbi lelaki Bunga Raya Bawah 20 Tahun (B-20) menamatkan kempen Kejuaraan Ragbi Asia dengan meraih pingat gangsa selepas menewaskan China 19-7 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Rajgir, Bihar, India pada Ahad.

Misi ke pentas perlawanan akhir skuad negara sebelum itu terhenti selepas tewas kepada Hong Kong 5-33 dalam perlawanan separuh akhir.

Anak buah anak buah Syed Shazril Syed Mahadzir sebelum itu muncul juara Kumpulan B selepas mempamerkan prestasi meyakinkan apabila mencatat kemenangan 28-17 ke atas China, menundukkan Uzbekistan 17-0, biarpun memulakan kempen diikat 17-17 Kazakhstan.

Sementara itu, Kapten Bunga Raya B-20, Luqmanul Hakim Ramli meluahkan rasa syukur atas pencapaian skuad muda negara yang berjaya menamatkan saingan di kedudukan podium.

“Alhamdulillah, syukur, rakan sepasukan memberikan komitmen sepenuh jiwa sepanjang kejohanan. Ini satu permulaan positif untuk pembangunan sukan ragbi negara pada masa depan.

"Terima kasih kepada keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan selama ini,” katanya kepada Sukan Sinar.

KEJUARAAN RAGBI ASIA B-20

Keputusan

KUMPULAN B:

Artikel Berkaitan:

Malaysia 17 – 17 Kazakhstan

Malaysia 28 – 17 China

Malaysia 17 – 0 Uzbekistan

SEPARUH AKHIR CUP:

Malaysia 5 – 33 Hong Kong

TEMPAT KETIGA

Malaysia 19 – 7 China

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!