X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM beroperasi seperti biasa

A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan perkhidmatan agensi itu diteruskan seperti biasa, namun tertakluk kepada Garis Panduan Pencegahan Penularan Penyakit Berjangkit Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah pun mengambil langkah-langkah pencegahan penularan penyakit berjangkit berkenaan di semua pejabat agensi itu di seluruh negara.

"Demi kepentingan awam, suruhanjaya ini telah melaksanakan larangan kehadiran pihak luar di premis SPRM kecuali bagi individu-individu seperti saksi yang dipanggil untuk ditemubual atau diambil penyataan bagi membantu proses siasatan tanpa kelengahan.

"Kedua, individu yang ditangkap oleh SPRM bagi maksud siasatan, seterusnya individu yang ditangkap oleh SPRM bagi maksud sambung jamin, pengadu atau pemberi lain-lain individu yang perlu berjumpa dengan pegawai SPRM tanpa kelengahan bagi tujuan siasatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!