Warga emas ditahan cabul anak jiran usia 12 tahun

Noor Hisam
Noor Hisam
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga emas tergamak mencabul anak jirannya yang berusia 12 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di kawasan Hulu Kinta dekat Tambun pada Rabu.

Kejadian itu terbongkar selepas kanak-kanak perempuan terbabit menceritakan tindakan suspek kepada gurunya sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan jam 11.59 pagi pada Khamis.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek yang berusia 65 tahun telah datang ke rumah mangsa sekitar jam 6.30 petang dan dia ketika itu tidak mengesyaki apa-apa telah buka pintu.

"Suspek masuk ke dalam rumah bertindak meraba belakang badan mangsa menyebabkan mangsa cuba mengelak.

"Suspek kemudian bertindak menarik baju hingga mangsa terduduk di atas paha serta mengambil kesempatan dengan menyelak baju dan meraba mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Noor Hisam berkata, bertindak atas laporan yang diterima, suspek kemudian diberkas di rumahnya sekitar jam 6.45 petang.

"Suspek direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi bantu siasatan.

"Siasat dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!