'Arwah anak yang baik, dari kecil nak jadi polis' - Ibu Koperal Hafizul
08 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Minat mendalam terhadap kerjaya polis sejak di bangku sekolah menjadi pendorong Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga akhir hayatnya, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Anak ketiga daripada tujuh beradik itu mula berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) sejak 15 tahun lalu dan dikenali sebagai seorang anggota yang komited serta berdedikasi.
Ibunya, Maznah Ismail, 64, berkata, arwah telah menanam impian untuk menjadi anggota polis sejak kecil dan terus berazam untuk mencapai cita-cita itu.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JSJ #Kemalangan #Polis #KoperalHafizul
