Nuna, BMW lancar koleksi stroller premium dengan reka bentuk eksklusif

NUNA, peneraju global dalam inovasi kelengkapan bayi premium dan BMW, jenama automotif ikonik, berkolaborasi menghasilkan satu koleksi yang membuka lembaran baharu dalam dunia gaya hidup sofistikated dan rekaan berketepatan tinggi, khusus buat keluarga yang mengutamakan kualiti dan reka bentuk terbaik dalam kehidupan harian.
Ketua Pegawai Pemasaran Nuna, Austin Hodges berkata, kerjasama dengan BMW merupakan padanan semula jadi didorong oleh minat bersama terhadap kualiti premium dan reka bentuk inovatif.
“Kami amat teruja untuk menggabungkan kepakaran kami dalam menghasilkan produk-produk premium yang mampu memperkayakan kehidupan seharian para pelanggan kami yang mementingkan nilai, rekaan luar biasa dan kualiti tertinggi untuk diri mereka dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.
Kerjasama ini turut menumpukan kepada peningkatan pengalaman pengguna melalui reka bentuk yang bijak dan teliti.

Setiap produk dalam koleksi mencerminkan komitmen kedua-dua jenama terhadap kecemerlangan dalam perincian, keselamatan, ketahanan, dan estetika mewah yang sinonim dengan Nuna dan BMW.
Pengarah Komunikasi Korporat & Kelestarian, BMW Group Malaysia, Sashi Ambihaipahan pula berkata, reka bentuk dan ketukangan menjadi teras utama rangkaian produk ini.
“BMW bekerjasama dengan Nuna dalam menghasilkan barangan yang bukan sahaja berfungsi secara efisien tetapi juga memberi impak positif terhadap kehidupan pelanggan serta anak-anak mereka, dari sudut bentuk dan fungsi,” ujarnya.
Kerjasama ini bukan sekadar satu kolaborasi, tetapi merupakan pertemuan pemikiran dan perkongsian visi terhadap kecemerlangan yang ingin ditawarkan oleh Nuna dan BMW kepada pelanggan mereka yang arif dan berpengalaman.
Bagi Ketua Pemasaran EMEA & APAC, Nuna, Marta Piña Fernández, misi pihaknya adalah untuk menghasilkan kelengkapan bayi premium yang direka untuk menyokong gaya hidup sebenar.
“Kerjasama bersama BMW membolehkan kami melangkaui sempadan konvensional dalam reka bentuk kelengkapan bayi dan menetapkan penanda aras baharu dalam aspek kualiti dan gaya yang bukan sahaja menginspirasikan pengembaraan tetapi turut mencipta kenangan bermakna buat seisi keluarga,” katanya.
Koleksi Nuna x BMW ini menggabungkan reka bentuk eksklusif dengan ciri-ciri inovatif.
Ia merangkumi tiga model stroller iaitu MIXX™ next, TRIV™ next, dan TRVL™ lx yang masing-masing menampilkan elemen reka bentuk diinspirasikan oleh BMW termasuk roda dengan corak BMW, rim yang menyerupai tayar BMW, serta aplikasi dan corak logo BMW yang elegan dan sofistikated.
Berikut pilihan produk dan fesyen dalam Koleksi Nuna x BMW Stroller MIXX™ next – Warna Element Hitam karbon dramatik yang menampilkan aksen logo BMW premium, corak BMW Trinity pada fabrik dan rangka,serta kemasan kulit mewah berwarna coklat.
Stroller TRIV™ next – Warna Graphene Kelabu grafit sederhana yang dilengkapi aksen logo BMW premium, corak BMW Trinity pada fabrik dan rangka, serta kemasan kulit mewah berwarna hitam.
Stroller TRVL™ lx – Warna Mica Beige neutral lembut dengan aksen logo BMW premium, corak BMW Crystal pada fabrik dan rangka, serta kemasan kulit mewah berwarna coklat.
Beg Essential – Warna Elemen Hitam karbon dramatik yang diserlahkan dengan lencana logam BMW pada flap luar, serta pouch alat mandian yang boleh ditanggalkan.
Setiap produk direka dengan teliti untuk menyatu secara harmoni dalam gaya hidup keluarga moden, memberikan kemudahan harian dan detik kegembiraan (freude) yang berterusan.
Harga stroller bermula dari RM 2,699.
Ketersediaan Koleksi Nuna x BMW kini boleh didapati di peruncit terpilih, bilik pameran Nuna Malaysia di Subang Jaya, dan juga akan tersedia di pengedar BMW terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.supremeglobal.com.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

