PM minta PN capai kata sepakat dulu isu peruntukan pembangkang
05 Ogos 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mencapai kesepakatan sesama mereka terlebih dahulu sebelum rundingan berkaitan peruntukan kepada pembangkang dapat diteruskan bersama pihak kerajaan.
Menurut beliau, ketika ini wujud percanggahan dalam kalangan pemimpin pembangkang, apabila ada yang bersetuju dan ada yang menolak untuk berunding dengan kerajaan berhubung perkara tersebut.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Peruntukan #Parlimen #PN
